al fatihah

ARWAH AZIZUL SAFIAN SURI 

ASSALAMUALAIKUM

RABU  19 . 04 . 2012 
hari terakhir arwah menghembuskan nafasnye.
arwah tlah meninggalkan seorang isteri dan juga seorang ank yang bru berusia 2 thun 
kesedihan ini tidak boleh digambarkan betapa sedih nye kita orang semua . 
syera berharap sgt2 . arwah ditempatkan dikalangan yg beriman , dah allah dapat mengampunkan dosa2 nye yg lalu . amin2 ya robbalallamin . sesungguhnya ALLAH itu maha adil , mungkin banyak hikmah di sebalik segala dugaan yang ALLAH sediakan . insyaallah :)

KEADAAN Toyota Harrier yang merempuh kenderaan membawa skylift dan mengorbankan tiga mangsa di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah, semalam.

ALOR GAJAH – Tiga termasuk seorang mekanik yang membaiki kenderaan membawa skylift yang rosak terkorban apabila jentera berat itu dirempuh sebuah Toyota Harrier di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, Mohamad Azizul Safian Suri, 28, bersama dua penumpang Toyota Harrier, Ng Being Thian, 32, dan ibunya, Tan Tiang, 56, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Being Thian yang duduk di tempat penumpang hadapan dan Tan Tiang yang berada di tempat duduk belakang mati akibat tersepit dalam kenderaan itu manakala Azizul pula meninggal dunia akibat tercampak ke kiri lebuh raya.
Rakan Azizul, Irfandi Othman, 30, berkata, dia dan mangsa datang dari Puchong, Selangor ke lokasi kejadian untuk membaiki kenderaan membawa skylift milik Majlis Perbandaran Jasin yang rosak di lorong kecemasan.
“Selepas selesai dibaiki, kami bertiga termasuk pemandu kenderaan membawa skylift (Ishak Mohamad) memungut kon keselamatan yang diletakkan berhampiran lori.
“Apabila tiba dua kon terakhir, saya dengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah Toyota Harrier melanggar belakang kenderaan membawa skylift,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Ekoran perlanggaran itu, Toyota Harrier yang dipandu isteri Being Thian, Lim Ching Yeo, 32, terbalik dua kali sebelum melanggar pembahagi jalan

copy ( kosmo )



kalau anda rajin anda tekan lah , saya sgt hargai nya :D