i'm back C:




hye salam dah lama aku tak update blog . tibe2 rindu pulak nk update hehee 
hey ! lagi 2 minggu nk spm dah . wish me luck kay aku target spm aku tak delah tinggi mana .. 
but aku nk yg terbaik dlm spm . semua org nk yg terbaik kan . mcm tu lah aku ..
dalam 4 or 5 A mybe aku boleh .. aku nie bukan lah pandai beno . 
aku hanya manusia serba kerkurangan . tapi law dpt lebih tuh alhamdulillah lah .. hehe .
btw aku syang kat org yg tgh bce post aku nie muaahhh 
k aku chaw dulu .. tkde bender sgt aku nk cite .. k bye assalamualaikum

salam sayang

sye

al fatihah

ARWAH AZIZUL SAFIAN SURI 

ASSALAMUALAIKUM

RABU  19 . 04 . 2012 
hari terakhir arwah menghembuskan nafasnye.
arwah tlah meninggalkan seorang isteri dan juga seorang ank yang bru berusia 2 thun 
kesedihan ini tidak boleh digambarkan betapa sedih nye kita orang semua . 
syera berharap sgt2 . arwah ditempatkan dikalangan yg beriman , dah allah dapat mengampunkan dosa2 nye yg lalu . amin2 ya robbalallamin . sesungguhnya ALLAH itu maha adil , mungkin banyak hikmah di sebalik segala dugaan yang ALLAH sediakan . insyaallah :)

KEADAAN Toyota Harrier yang merempuh kenderaan membawa skylift dan mengorbankan tiga mangsa di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah, semalam.

ALOR GAJAH – Tiga termasuk seorang mekanik yang membaiki kenderaan membawa skylift yang rosak terkorban apabila jentera berat itu dirempuh sebuah Toyota Harrier di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, Mohamad Azizul Safian Suri, 28, bersama dua penumpang Toyota Harrier, Ng Being Thian, 32, dan ibunya, Tan Tiang, 56, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Being Thian yang duduk di tempat penumpang hadapan dan Tan Tiang yang berada di tempat duduk belakang mati akibat tersepit dalam kenderaan itu manakala Azizul pula meninggal dunia akibat tercampak ke kiri lebuh raya.
Rakan Azizul, Irfandi Othman, 30, berkata, dia dan mangsa datang dari Puchong, Selangor ke lokasi kejadian untuk membaiki kenderaan membawa skylift milik Majlis Perbandaran Jasin yang rosak di lorong kecemasan.
“Selepas selesai dibaiki, kami bertiga termasuk pemandu kenderaan membawa skylift (Ishak Mohamad) memungut kon keselamatan yang diletakkan berhampiran lori.
“Apabila tiba dua kon terakhir, saya dengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah Toyota Harrier melanggar belakang kenderaan membawa skylift,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Ekoran perlanggaran itu, Toyota Harrier yang dipandu isteri Being Thian, Lim Ching Yeo, 32, terbalik dua kali sebelum melanggar pembahagi jalan

copy ( kosmo )



ketahui tarikh lahir bulan anda dalam bulan islam

hye assalamualaikum semua . malam nie tibe2 syera nk taw tarikh lahir syera dalam kelender islam .
tahun nie bufday syera jatuh pada 2 jamadilakhir . first time tahu . hehe . btw org yang lahir jamdillakhir nie org nye jenis yaaang :-

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya

=seriuzly syera cakap . ape yang ader kat atas tuh semua , mang ader dlm diri syera . :) tak percaya ??
tanye kawan2 syera yg rapat ngn syeraa . tak percaya agy ? meh jumpe ngn syera hahahak :P





but first kene cari dulu korang lahir dalam bulan bape . nk taw tgok kat > sinie <

cek btol2 then tgok lah bawah nie kay


MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.





SAFAR

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.





RABIULAWAL

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.





RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.





JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.





JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.





REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.





SYA'ABAN

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.





RAMADHAN

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.






SYAWAL

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.





ZULKAEDAH

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.





ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

lepas bace jgn lupe comment btw thanx coz sudi bacer . k bye asslamualaikum :)

untunglah spe yg hang out

now bwu aku ader kesempatan nk updte .
untunglah yg hang out tuh . date ngn membe2 en
aku nie dating dengan buku , buku rujukan n buku tulis .
tu je lah mampu aku buat tadi . itu sek bek lah ader homework .
law takde mang aku hadap lap top nie 24 jam lah .
lepas study tdy aku mgatal2 nk edit gambo aku ngn dye .
nk tgok tak , aku edit bukan nye lawo pon .
jangan jelezzz hehe .

click law nk tgok2 beso2.

k lah boboi . nak chaw .
si bunchet man aku nie tak balas agy text aku .
kang ader jugak umah tebakor kang nie

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU



PEREMPUAN kene tahu

seorangg lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak membenarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun



lELAKI kene tahu

seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara , tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya

7 petala cinta ~

Assalamualaikum cinta
Waalaikumussalam rindu
jangan biarkan hadirmu sekejap mata
dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara

Sinopsis filem 7 Petala Cinta
7 Petala Cinta mengisahkan cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya.

7 Petala Cinta bermula apabila ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar.

Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?



Poster 7 Petala Cinta



aku seorang muslimah . ????



BACALAH WAHAI KAUM HAWA.SEMOGA IANYA BERMANFAAT

*Perempuan*

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

*Muslimah*

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari.

copy#
kalau anda rajin anda tekan lah , saya sgt hargai nya :D